Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Saya ingin menyambung episod sebelumnya yang telah saya janjikan. Apakah kepentingan Takaful?
Takaful sebenarnya bertujuan melindungi KEWANGAN dan KELUARGA anda. Mengapa saya berkata begitu? Takaful benar-benar berfungsi apabila anda menerima musibah/kemalangan yang tidak dijangka (harap dijauhkan). Apabila musibah melanda, perkara penting yang akan terlibat adalah hal KEWANGAN. Maksud saya duit sangat-sangat diperlukan untuk membiayai musibah yang terjadi.
Musibah yang saya maksudkan adalah seperti berikut:
i) Kematian
ii) Kemalangan (kecil atau besar)
iii) Cacat kekal/hilang upaya yang menyebabkan tidak dapat bekerja
iv) Menghidapi penyakit kritikal
Apabila semua ini terjadi, bukan sahaja melibatkan diri anda, secara tidak langsung ia juga akan melibatkan KELUARGA anda.
Jumpa saya di next episod ye. Life Is Great ^_^