Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Saya nak sambung episod minggu lepas berkaitan kepentingan Takaful. Kenapa ramai yang di luar sana (terutama bangsa melayu) masih tidak memiliki Takaful bagi perlindungan diri aka kewangan? Antara jawapan kepada persoalan saya yang dimaklumkan sendiri oleh rakan/saudara/prospek saya adalah seperti berikut:
i. tidak cukup duit untuk tambah komitmen bulanan
ii. masih belum sakit
iii. tidak tahu fungsi takaful
iv. dah tua nanti baru nak ambil
v. hospital kerajaan ada (xperlu keluarkan banyak duit)
vi. company saya bekerja boleh cover bil perubatan
vii. saya staf kerajaan. so kerajaan akan cover bil perubatan saya
viii. baik saya guna duit untuk pelaburan dan dpt hasil untuk cover bil perubatan saya
Memang tidak dinafikan jawapan yang diberikan di atas ada kebenarannya dan munasabah...dan salah satu jawapan di atas pernah saya 'campak' kepada salah seorang ejen takaful beberapa tahun dahulu...saya akan kupas satu persatu jawapan di atas di episod-episod akan datang...
Sebelum saya mengakhiri coretan pada episod kali ini, saya rasa teruja untuk berkongsi sesuatu kepada anda semua. Ini adalah perbandingan yang prlu anda fikirkan sekiranya anda mempunyai RM100 setiap bulan untuk disimpan atau dilaburkan atau dibelanjakan kepada perkara yang bermanfaat.
p/s: Jika anda mempunyai rakan berbangsa cina, cuba tanya satu sahaja soalan kepada meraka. "U dh ada insurans/takaful?"
Bertemu lagi di episod yang akan datang ye. Life is great ^_^
Tuesday, November 4, 2014
Thursday, October 30, 2014
Kepentingan Takaful
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Saya ingin menyambung episod sebelumnya yang telah saya janjikan. Apakah kepentingan Takaful?
Takaful sebenarnya bertujuan melindungi KEWANGAN dan KELUARGA anda. Mengapa saya berkata begitu? Takaful benar-benar berfungsi apabila anda menerima musibah/kemalangan yang tidak dijangka (harap dijauhkan). Apabila musibah melanda, perkara penting yang akan terlibat adalah hal KEWANGAN. Maksud saya duit sangat-sangat diperlukan untuk membiayai musibah yang terjadi.
Musibah yang saya maksudkan adalah seperti berikut:
i) Kematian
ii) Kemalangan (kecil atau besar)
iii) Cacat kekal/hilang upaya yang menyebabkan tidak dapat bekerja
iv) Menghidapi penyakit kritikal
Apabila semua ini terjadi, bukan sahaja melibatkan diri anda, secara tidak langsung ia juga akan melibatkan KELUARGA anda.
Jumpa saya di next episod ye. Life Is Great ^_^
Sunday, October 26, 2014
Apa Itu Takaful?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Apa itu takaful? Persoalan yang sentiasa timbul bagi golongan yang baru pertama kali mendengarnya. Maka, ejen takaful (Great Eastern Takaful) seperti saya perlulah menjelaskan sejelas-jelasnya persoalan tersebut kepada anda supaya anda faham dan tahu kepentingan Takaful kepada masa depan anda.
Takaful merupakan perkataan arab yang berkonsepkan pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain. Bagi saya, apabila anda telah terlibat dengan takaful, pasti akan ada yang akan menolong anda di masa hadapan sekiranya anda menerima musibah tertentu. Itulah konsep yang saya pegang apabila mula-mula mengenali takaful.
Secara ringkas, takaful merupakan pelindung kepada kewangan anda. Bagaimana takaful dapat melindungi kewangan anda???
Nantikan next episod. Life Is Great ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)